Kedai buka pada Hari Rabu, Sabtu, & Ahad sahaja - Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai
Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay

Baja Bio-Organik

RM5.00RM45.00

Berat: 1kg, 5kg, 25kg
Kategori:
Kosongkan
View cart

Penerangan

Baja Bio-Organik Combobac 1 (1kg-25kg)

Baja bio-organik yang kami tawarkan mengandungi pelbagai nutrien tanaman dan mikrob bermanfaat serta dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. Kelebihan baja ini adalah ia mempunyai kandungan tinggi mikrob yang spesifik seperti Trichoderma, Bacillus dan Azotobactor yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tanah dan tanaman. Dari pengalaman kami sendiri menggunakan baja ini, tanaman menjadi lebih subur serta kurang diserang perosak dan penyakit jika dibandigkan dengan hanya menggunakan kompos di dalam campuran tanah.

Maklumat dari Pengeluar

Produk Combobac 1 direka untuk menambah baik kualiti tanah serta merawat penyakit tanah. Ia mengandungi kandungan mikrob bermanfaat yang tinggi termasuk Bacillus, bakteria pengikat nitrogen, Trichoderma dan bakteria fotosintesis.

Dilengkapi dengan 100% bahan-bahan organik yang berasal dari tumbuhan, kaya dengan sebatian humik asid, organik NPK, kalsium, ejen biologik antivirus yang berkesan serta unsur-unsur seperti sulfur, boron, zink, molibdenum, besi, magnesium, dan unsur surih yang lain.

Setiap kelompok Combobac 1 diuji secara saintifik sebelum dijual ke pasaran.

Prestasi Produk

  1. Menggalakkan pembentukan struktur tanah sihat, meningkatkan keupayaan untuk membekalkan air dan nutrien, kondusif untuk pertumbuhan akar dan tumbesaran tanaman, menggalakkan pembiakan mikroorganisma berfaedah di dalam tanah.
  2. Mikroorganisma khas yang dipilih sangat membantu mengurangkan berlakunya penyakit, membantu pengikatan nitrogen (N), pelarutan fosforus (P), dan kalium (K).
  3. Sumber tumbuhan tulen baja organik yang diproses, tidak mengandungi sebarang hormon kimia pertumbuhan, melindung alam sekitar hijau untuk memenuhi keperluan makanan sihat dan organik.
  4. Penghasilan tanaman tinggi dengan konsiten, meningkatkan kualiti, mengurangkan kos pengeluaran baja, meningkatkan kecekapan penggunaan baja.

Analisa Isi Kandungan

  • Trichoderma:        >1.7 x 10^7 cfu/g
  • Bacillus:               >3.0 x 10^7 cfu/g
  • Azotobactor:        >1.7 x 10^7 cfu/g
  • Nitrogen:             2.38%
  • Phosphorus:        1.50%
  • Potassium:          1.26%
  • Magnesium:        0.98%
  • Calcium:             2.79%
  • Sulphur:              6123ppm
  • Boron:                 25ppm
  • Organic Matter:  >40%

Cara Penggunaan