Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Website Untuk Beli Buku Berkebun

Website Untuk Beli Buku Berkebun

Tidak kira apa aktiviti, ilmu adalah penting untuk mendapatkan yang terbaik. Ilmu penanaman pula adalah amat luas, setiap hari kami mempelajari sesuatu yang baru dan terdapat pelbagai buku penanaman juga yang boleh didapati. Tiga buku penanaman yang kami beli online baru sahaja sampai dan jika anda juga ingin mencari buku berkebun, anda boleh mendapatkannya di website-website di bawah.

  • https://opentrolley.com.my/ – Tiga buku yang di atas kami membelinya di sini. Banyak pilihan buku boleh dicari di sini.
  • https://www.bookdepository.com/ – Website UK tetapi penghantaran adalah percuma dan banyak pilihan buku boleh dicari di sini. Kami telah beberapa kali membeli buku di sini, penghantaran megambil masa tetapi buku sampai dengan baik.

Selain daripada website di atas, kedai-kedai buku yang terdapat di Malaysia seperti MPH, Kinokuniya dan lain-lain juga mempunyai kedai online tetapi pilihan tidak sebanyak seperti dua website di atas.

Buku-buku yang ditawarkan di website-website di atas mungkin agak mahal tetapi di dalam internet terdapat pelbagai sumber maklumat penanaman yang berkualiti yang boleh dijumpai melalui Google. Kami menjumpai ebook Master Gardener Program Handbook melalui Google dan ia mempunyai pelbagai maklumat berkaitan penanaman. Banyak lagi website dan ebook yang mengandungi maklumat komprehensif berkaitan penanaman, hanya perlu rajin menggoogle.

Share this post

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE