Glosari Penanaman
Di halaman ini kami menyediakan glosari bagi istilah yang biasa digunakan dalam penanaman serta pertanian. Gunakan fungsi carian untuk mencari istilah yang tertera. Kami akan berusaha untuk menambakan lagi istilah dari masa ke semasa. Jika anda tidak menjumpai istilah yang anda cari atau mempunyai cadangan untuk istilah yang anda rasa perlu ada dalam glosari ini, anda boleh hantarkan cadangan anda dalam form di sidebar (jika anda menggunakan smartphone, tap panah di sebelah kiri bawah untuk akses sidebar).
Kami juga menyediakan glosari penanaman di dalam Bahasa Inggeris yang mengandungi lebih daripada 650 istilah yang anda boleh akses dengan klik bendera English di bahagian bawah skrin.
A
- Abiotik
- Tidak hidup atau tidak mempunyai hidupan.
- Aerobik
- Berkait dengan, melibatkan, atau memerlukan oksigen.
- Afid
- Serangga kecil yang memakan tumbuhan dengan menghisap sap dari tumbuhan. Afid boleh membiak dengan cepat dan bilangan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada tumbuhan.
- Aktinomisit
- Sekumpulan mikroorganisma tanah yang mempunyai peranan penting dalam kitaran bahan organik yang membawa pelbagai manfaat kepada tanah serta tumbuhan.
- Alelopati
- Keupayaan sesuatu tumbuhan untuk menghalang pertumbuhan tumbuhan yang lain dengan melepaskan bahan kimia ke persekitarannya.
- Anaerobik
- Berkait dengan atau memerlukan ketiadaan oksigen.
- Annual
- Tumbuhan yang mempunyai kitaran hidup satu tahun bermula dari percambahan biji benih sehingga ianya menghasilkan biji benih dan kemudian mati.
- Antibiotik
- Sejenis bahan yang menghalang pembiakan atau membunuh bakteria. Digunakan pada tumbuhan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
- Antioksidan
- Bahan yang melambatkan oksidasi.
- Antraknos
- Sekumpulan penyakit kulat yang terjadi kepada pelbagai tumbuhan di kawasan yang panas dan lembap. Salah satu simptom ialah bintik-bintik kuning pada tumbuhan yang berkembang menjadi warna perang.
B
- Baja
- Sebarang bahan sama ada semula jadi atau sintetik yang diberikan pada tanah atau tisu tumbuhan untuk membekalkan nutrien tumbuhan.
- Baja AB
- Sejenis baja larut air yang dalam keadaan pekat (stok baja) terbahagi kepada dua bahagian A dan B.
- Baja larut air
- Sejenis baja yang biasanya dilarutkan dengan air sebelum digunakan.
- Bakteria
- Organisma mikroskopik yang wujud di pelbagai tempat. Ada yang membawa manfaat dan ada yang membawa mudarat kepada hidupan termasuk tumbuhan.
- Bareroot
- Tanaman yang dicabut dari tanah dan dibuangkan tanah pada akar. Dibuat biasanya untuk tujuan penjualan tanaman.
- Biennial
- Tumbuhan yang mempunyai kitaran hidup dua tahun di mana bunga dan biji benih terhasil pada tahun kedua.
- Biodiversiti
- Kepelbagaian kehidupan yang terdapat di sesuatu tempat.
- Biokimia
- Berkait dengan proses dan bahan kimia yang wujud di dalam organisma hidup.
- Biotik
- Berkait dengan atau terhasil dari organisma hidup.
- Bolting
- Keadaan di mana tumbuhan menghasilkan bunga atau biji benih sebelum tempoh maturasi. Terjadi biasanya kerana terlalu panas dan terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari.
- Bonsai
- Seni penanaman menghasilkan tanaman miniatur untuk tujuan hiasan.
C
- Cantuman
- Teknik menyambungkan sebahagian daripada sesuatu tumbuhan kepada tumbuhan yang lain supaya kedua-duanya membesar bersama.
D
- Dolomit
- Sejenis mineral karbonat yang mempunyai kandungan tinggi kalsium magnesium karbonat. Kegunaan utama sama seperti batu kapur iaitu untuk meningkatkan pH tanah.
E
- Ekar
- Ukuran keluasan tanah, 1 ekar = 43560 kaki persegi = 4047 meter persegi. Sebagai gambaran, 1 ekar bersamaan lebih kurang 60% daripada keluasan padang bola sepak.
- Ekosistem
- Terdiri daripada semua hidupan dan persekitaran di mana mereka berinteraksi.
- Emulsi
- Campuran dua atau lebih jenis cecair yang biasanya tidak sebati contohnya minyak dan air.
- Enzim
- Bahan yang dihasilkan oleh organisma hidup yang berfungsi sebagai pemangkin untuk reaksi biokimia yang tertentu.
- Etilena
- Sejenis hormon yang dihasilkan oleh tanaman untuk menjadikan buah masak.
- Etiology
- Kajian sebab penyakit tanaman.
F
- Fauna
- Haiwan di kawasan atau habitat tertentu.
- Feromon
- Bahan kimia yang dihasilkan dan dilepaskan ke persekitaran oleh haiwan dan memberi kesan kepada kelakuan atau fisiologi haiwan spesis yang sama.
- Fertigasi
- Penggunaan sistem pengairan yang memberikan air dan nutrien pada tanaman.
- Fisiologi
- Kajian berkaitan fungsi dan mekanisma di dalam sistem hidupan.
- Fitotoksik
- Bahan kimia yang memberi sebarang kesan negatif terhadap pertumbuhan, fisiologi, atau metabolisma tumbuhan.
- Flora
- Tumbuh-tumbuhan di kawasan atau habitat tertentu.
- Fotosintesis
- Proses yang digunakan oleh tanaman atau organisma lain untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga kimia. Proses ini menghasilkan oksigen dan karbohidrat daripada karbon dioksida dan air.
G
- GMO
- Genetically modified organism (GMO) adalah hidupan yang telah diubahsuai secara genetik menggunakan kejuruteraan genetik. Proses ini menghasilkan hidupan yang tidak wujud dalam alam semula jadi atau melalui pembiakan silang.
- Gumosis
- Pembentukan bahan bergetah pada permukaan tumbuhan tertentu kebiasaannya pokok buah. Ianya terjadi apabila sap tanaman mengalir keluar dari luka atau kanker.
H
- Hawar
- Penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh serangga atau kulat.
- Hektar
- Ukuran keluasan tanah, 1 hektar = 2.47 ekar = 10000 meter persegi. Segi empat sama yang mempunyai panjang sisi 100 meter mempunyai keluasan 1 hektar.
- Herbivor
- Haiwan yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan.
- Hiasan
- Tanaman untuk tujuan estetik dan bukan untuk tujuan makanan.
- Hibrid
- Tanaman yang terhasil daripada pendebungaan silang antara dua spesis atau varieti yang berbeza.
- Hidroponik
- Sistem penanaman tanpa menggunakan tanah di mana tanaman mendapatkan air dan nutrien yang diperlukan daripada larutan nutrien yang dibekalkan.
- Hormon
- Molekul isyarat yang dihasilkan oleh tumbuhan dan wujud di dalam kuantiti yang amat sedikit. Ia mengawal semua aspek pembesaran dan perkembangan tumbuhan.
- Humus
- Bahan organik berwarna hitam di dalam tanah, terhasil dari bahan tanaman yang mereput.
I
- Iklim mikro
- Iklim di kawasan yang yang kecil atau terhad, terutamanya jika ia berbeza dengan iklim kawasan sekelilingnya.
- Inokulasi
- Proses menambahkan bakteria bermanfaat pada hos biji benih tanaman sebelum ditanam. Dibuat kepada tanaman kekacang untuk meningkatkan keupayaan mengikat nitrogen.
K
- Kambium
- Lapisan nipis yang terletak di bawah kulit kayu pokok.
- Kapasiti pertukaran kation (KPK)
- Jumlah bilangan kation yang boleh dipegang oleh tanah.
- Karat
- Penyakit yang disebabkan oleh kulat dengan simptom kelihatan seperti karat pada daun.
- Karotena
- Pigmen berwarna jingga atau merah yang terdapat dalam lobak merah dan banyak struktur tumbuhan yang lain.
- Kation
- Ion bercas positif.
- Kawalan biologi
- Kawalan perosak menggunakan pemangsa semula jadi.
- Keratan
- Cara semaian di mana sebahagian daripada tumbuhan seperti daun, dahan, akar atau pucuk dari satu tumbuhan digunakan untuk membuat tumbuhan yang baru.
- Klon
- Tanaman yang secara genetik sama seperti tanaman induk. Tanaman dari keratan dan tisu kultur adalah contoh klon.
- Klorofil
- Pigmen hijau di dalam daun yang berfungsi mengambil tenaga dari cahaya matahari melalui proses fotosintesis.
- Klorosis
- Keadaan di mana daun menjadi kuning disebabkan kekurangan klorofil, kekurangan nutrien atau disebabkan penyakit. Daun mungkin kelihatan kuning dengan urat daun berwarna hijau.
- Kompos
- Bahan organik seperti daun dan sisa dapur yang mereput dan terhasil bahan seperti tanah yang tinggi dengan bahan organik, baja yang baik, dan boleh membantu meningkatkan kualiti tanah.
- Konvensional
- Mengikut cara yang biasa dilakukan atau diamalkan.
- Kulat
- Organisma yang menghasilkan spora.
L
- Larva
- Serangga dalam peringkat selepas menetas dari telur dan sebelum ia bertukar kepada peringkat pupa atau dewasa.
- Leaching
- Situasi di mana bahan kimia atau nutrien yang terkandung di dalam tanah mengalir keluar disebabkan arus air.
- Lignin
- Polimer organik kompleks yang terdapat pada dinding sel kebanyakan tumbuhan, menjadikan strukturnya rigid.
- Lux
- Unit yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya.
M
- MRL
- Maximum residue limit (MRL) adalah tahap maksimum kandungan sisa racun perosak yang dibenarkan terdapat di dalam makanan.
- Markot / Tut
- Cara semaian tanaman baru dari dahan yang masih bersambung pada tanaman induk. Dahan dikelar dan ditekap dengan media tanaman untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
- Media
- Bahan yang digunakan untuk menanam atau menyemai tanaman.
- Mesofil
- Organisma yang membesar sebaiknya pada suhu sederhana, dalam lingkungan 20 dan 45 darjah selsius.
- Metabolisma
- Proses kimia yang berlaku di dalam hidupan bertujuan untuk mengekalkan kehidupan.
- Miselium
- Bahagian vegetatif kulat yang terdiri daripada jalinan filamen putih yang halus.
- Monokultur
- Penanaman sejenis tanaman sahaja di sesuatu kawasan.
- Mozek
- Penyakit viral yang serius pada tumbuhan dengan simptom tompok hijau muda atau kuning pada daun.
N
- NPK
- Adalah singkatan bagi tiga nutrien utama yang amat penting bagi tanaman iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan potasium (K).
- Nama botani
- Nama saintifik formal untuk alga, kulat, dan tumbuhan.
- Nekrosis
- Kematian tisu tumbuhan yang disebabkan oleh kerosakan atau penyakit.
- Nematod
- Organisma halus berbentuk silinder seperti cacing tanah tetapi tidak mempunyai segmen. Hidup di dalam tanah serta air dan boleh membawa sama ada manfaat atau mudarat pada tumbuhan.
- Node
- Bahagian pada dahan tumbuhan di mana tunas, daun, dan dahan baru tumbuh.
- Nutrien
- Elemen yang tumbuhan perlukan untuk pertumbuhan serta pengeluaran hasil.
- Nutrien mikro
- Elemen mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang amat sedikit.
O
- Organik
- Baja, sungkupan, bahan kawalan perosak, atau sumber nutrien yang berasal dari bahan tanaman atau haiwan. Juga bermaksud penanaman tanpa menggunakan baja atau kawalan perosak sintetik.
P
- Parasit
- Hidupan yang hidup dalam atau pada organisma yang berlainan spesis (hos) dan mengambil nutrien daripadanya.
- Patogen
- Bakteria, virus, atau organisma lain yang boleh menyebabkan penyakit.
- Pemangkasan
- Aktiviti membuang dahan-dahan pada tanaman. Antara tujuannya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan baru dan membuang bahagian berpenyakit atau rosak.
- Pendebungaan terbuka
- Pendebungaan yang terjadi secara semulajadi dan rawak.
- Pengudaraan tanah
- Keupayaan tanah mengalirkan udara. Tanah yang poros mempunyai pengudaraan yang lebih tinggi berbanding tanah yang mampat. Pengudaraan tanah yang baik adalah penting untuk tumbuhan.
- Penjarangan
- Pembuangan anak benih yang berlebihan bagi memberikan ruang yang mencukupi untuk tanaman yang tinggal membesar.
- Perencat
- Bahan yang melambatkan atau menghalang reaksi kimia atau proses lain atau mengurangkan aktiviti tindak balas, pemangkin, atau enzim tertentu.
- Perennial
- Tumbuhan yang boleh hidup lebih daripada dua tahun.
- Perosak
- Mana-mana organisma hidup yang mendatangkan kerosakan pada tumbuhan.
- Pindah
- Mengeluarkan pokok dari bekas atau tempat ia ditanam dan mengalihkannya ke dalam bekas yang lain atau ke atas tanah.
- Plasmolisis
- Pengecutan protoplasma sel tumbuhan disebabkan kehilangan air dari sel.
- Polifenol
- Kompaun organik yang mempunyai lebih daripada satu unit fenol. Ianya wujud dengan banyak dalam tumbuhan dan mempunyai pelbagai struktur yang berbeza.
- Protozoa
- Organisma satu sel seperti ameba, paramesium, dan euglena.
R
- Racun perosak
- Bahan kimia kebiasaannya sintetik, yang digunakan untuk mengawal perosak pada tanaman. Penggunaan racun perosak tertentu boleh membawa kesan negatif terhadap alam semula jadi termasuk manusia.
- Resistan
- Keupayaan tumbuhan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh perosak atau patogen tertentu.
- Respirasi
- Proses organisma hidup menghasilkan tenaga, kebiasannya dengan mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida dari oksidasi kompaun organik.
- Ruas
- Bahagian pada dahan tumbuhan antara dua node.
- Rumpai
- Sebarang tumbuhan yang tumbuh tetapi tidak diingini. Contohnya, rumput-rumput yang tumbuh di keliling tanaman yang dijaga.
S
- Sanitasi
- Aktiviti membersihkan sesuatu kawasan atau peralatan dengan membuang bahan buangan, kotoran, dan apa-apa yang boleh membawa penyakit pada tumbuhan.
- Sel
- Unit binaan paling kecil dalam organisma, kebiasannya mikroskopik dan terdiri daripada sitoplasma dan nukleus yang diliputi oleh membran.
- Semaian
- Tanaman yang baru sahaja bercambah dari biji benih.
- Serangga bermanfaat
- Serangga yang bermanfaat untuk tanaman kerana membantu mengawal populasi perosak tanaman.
- Simptom
- Petunjuk kewujudan sesuatu, selalunya perkara yang tidak diingini seperti penyakit.
- Sistemik
- Bahan kimia yang diserap oleh tumbuhan apabila diberikan pada akar, benih, atau daun. Bahan ini kemudiannya akan tersebar ke seluruh bahagian tumbuhan.
- Spesis
- Sekumpulan organisma di mana dua individu boleh bersenyawa dan menghasilkan zuriat yang subur.
- Sucker
- Pertumbuhan pada tanaman yang tidak dikehendaki yang tumbuh dari akar atau bahagian bawah batang utama tanaman. Biasanya dibuang supaya ianya tidak membazirkan tenaga tanaman.
- Sungkupan
- Bahan yang diletakkan di atas dan menutup tanah di keliling tanaman untuk beberapa sebab, antaranya mengurangkan pertumbuhan rumpai dan membantu pemegangan air.
T
- Tanah beralkali
- Tanah yang mempunyai nilai pH antara 7 dan 14 (dalam skala 0-14).
- Tanah berasid
- Tanah yang mempunyai nilai pH antara 0 dan 7 (dalam skala 0-14). Nilai pH tanah yang sesuai untuk kebanyakan tanaman adalah dalam lingkungan 5.5-6.5.
- Tanah campuran
- Media yang terhasil daripada campuran antara tanah dengan bahan-bahan lain seperti cocopeat dan sekam yang berfungsi meningkatkan kesesuaian tanah dengan tanaman.
- Tanah gambut
- Tanah yang mengandungi kandungan bahan organik yang tinggi melebihi 60%.
- Tanaman selingan
- Penanaman dua atau lebih jenis tanaman pada masa yang sama di satu kawasan ladang yang sama.
- Taproot
- Bahagian utama akar yang tebal dan tumbuh lurus ke bawah. Tidak semua tumbuhan mempunyai taproot.
- Termofil
- Organisma yang hidup di kawasan yang bersuhu tinggi antara 41 dan 122 darjah selsius.
- Topsoil
- Lapisan tanah teratas.
- Transpirasi
- Proses pengaliran air melalui tumbuhan dan pemeruapannya dari daun, batang, dan bunga.
- Trellis
- Struktur yang dibuat untuk memberi sokongan pada tanaman yang menjalar.
- Tuber
- Bahagian tumbuhan yang pendek, tebal, dan biasanya di bawah tanah yang berfungsi sebagai organ simpanan nutrien. Contoh ubi kentang dan keledek.
- Tumbuhan akuatik
- Tumbuhan yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air.
- Tunas
- Pertumbuhan awal dahan, daun, atau bunga pada tumbuhan.
V
- Vakuol
- Ruang di dalam sitoplasma sel, diliputi membran dan biasanya mengandungi cecair.
- Variegated
- Tumbuhan yang warna daunnya mempunyai lebih daripada satu warna. Biasanya campuran antara warna hijau, kuning, putih, dan krim.
- Varieti
- Merujuk kepada variasi dalam sesuatu spesis tumbuhan yang terjadi secara semulajadi.
- Vaskular
- Tisu tumbuhan seperti xilem dan floem yang berfungsi mengangkut air dan nutrien di dalam tumbuhan.
- Vektor
- Organisma yang boleh menjadi pembawa patogen kepada tumbuhan.
- Vermiculite
- Mineral yang ringan dipanggil mica yang telah dipanaskan sehingga ianya mengembang dan digunakan sebagai media tanaman. Butiran seperti span ini mampu memegang air dan udara.
- Vermikompos
- Kompos yang dihasilkan melalui penguraian bahan organik menggunakan cacing.
- Virus
- Agen seni yang berjangkit dan hanya boleh replikakan diri di dalam sel hidup sesuatu organisma.