Float Switch untuk Pam Air ke Tangki
Jika anda menggunakan pam untuk mengisi tangki air daripada tasik atau kolam, float switch boleh membantu mengautomasikan pengisian tangki.
Anda boleh melihat bagaimana ia berfungsi di dalam video. Float switch ini akan ON apabila paras air rendah dan OFF apabila paras air tinggi. Paras air yang dikehendaki boleh diperoleh dengan melaras panjang kabel.
Pam boleh disambung terus ke float switch tetapi kami galakkan menggunakan relay 5V kerana lebih selamat.
Float switch dan relay mudah didapati di kedai-kedai online.