Kebuna Berhenti Beroperasi Buat Sementara Waktu
- Penerangan
Penerangan
Cocopeat Sabut Kelapa
Cocopeat atau sabut kelapa ialah media alternatif kepada tanah di dalam penanaman. Ia digunakan secara meluas di dalam penanaman komersial secara fertigasi dan hidroponik kerana kosnya yang rendah, ringan, dan pelbagai lagi. Ianya juga boleh digunakan di dalam campuran tanah untuk memperbaiki struktur tanah dengan menjadikannya lebih poros dan ringan tetapi masih lagi dapat memegang kelembapan dengan baik.
Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai cocopeat untuk memastikan tanaman tumbuh dengan baik seperti yang diterangkan di https://www.kebuna.com/blog/perkara-penting-mengenai-cocopeat
Kebuna menawarkan cocopeat di dalam 3 saiz. Cocopeat di dalam bungkusan sederhana dan di dalam guni sesuai untuk digunakan di dalam pasu atau polibeg serta digunakan di dalam campuran tanah. Cocopeat dalam bungkusan kecil telah ditapis untuk mengurangkan kandungan serat yang menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan di dalam bekas cawan hidroponik yang kecil.
Harga adalah seperti di bawah:
Kecil = 2.5 liter
Harga: RM5
Sederhana = 12 liter
Harga: RM6
Guni = ~55 liter
Kuantiti…………Harga
1-9………………..RM15
10+……………….RM14
100+…Hubungi Kami