Cara Membeli di Kedai Online Kebuna
UPDATE: Panduan terbaru terdapat di https://www.kebuna.com/kedai/cara-order
Kedai online Kebuna baru sahaja beroperasi dan video di atas akan menunjukkan anda cara untuk membeli di kedai online Kebuna. Buat masa hanya biji benih sahaja boleh dibeli tetapi barangan lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Jika anda menggunakan telefon bimbit, tonton video secara vertikal. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.
Transkrip:
Kami ingin memaklumkan bahawa kedai online Kebuna baru sahaja mula beroperasi. Masih banyak penambah baikan yang boleh dilakukan dan masa ini hanya biji benih sahaja yang boleh dibeli melalui kedai online kami tetapi kami akan menambah lagi produk dari semasa ke semasa. Jika anda berminat untuk membeli secara online biji benih yang kami tawarkan, video ini akan menunjukkan anda cara untuk membeli dari kedai online Kebuna dengan menggunakan telefon bimbit anda. Anda juga boleh menggunakan komputer dan caranya tidak banyak berbeza dari apa yang akan ditunjukkan di sini.
Pertama sekali, buka halaman Kebuna di kebuna.com. Di bahagian atas halaman ini, klik pada kotak di sebelah kiri dan anda akan dapat melihat beberapa link. Klik link kedai untuk membuka kedai online kebuna. Di sini anda dapat melihat kategori-kategori produk yang kami tawarkan seperti Baja & Nutrien, Irigasi & Fertigasi, dan juga Biji Benih. Klik pada link kategori ini untuk melihat produk yang berkaitan dengannya. Untuk membeli biji benih, klik pada kategori biji benih.
Di halaman ini anda dapat melihat biji benih yang kami tawarkan tersenarai. Terdapat lebih daripada 60 biji benih di sini, jadi gunakan ruangan cari produk di sebelah kiri untuk mencari biji benih yang anda perlukan. Jika anda ingin mencari biji benih salad, taip salad di ruangan tersebut dan klik cari dan anda akan ditunjukkan keputusan pencarian anda.
Seperti yang dapat dilihat, terdapat beberapa jenis biji benih salad di sini. Klik pada gambar untuk melihat maklumat lanjut dan klik pada tambah ke troli jika anda hendak membelinya. Jika anda hendak juga membeli biji benih yang lain, caranya sama sahaja. Cari biji benih tersebut dan kemudian klik tambah ke troli.
Jika anda ingin melihat produk yang telah dimasukkan ke dalam troli klik pada ikon troli di bahagian kanan di sebelah atas atau lihat di bahagian sebelah kiri. Tekan pada view cart jika anda telah selesai mencari biji benih yang anda perlukan. Halaman ini akan menunjukkan semua barangan di dalam troli dan anda juga boleh menambah atau mengurangkan barangan di dalam troli. Jika semuanya adalah tepat, klik pada proceed checkout di bahagian bawah untuk melakukan pembayaran.
Pada halaman checkout, anda mempunyai pilihan untuk login melalui Facebook atau Google Plus yang boleh memudahkan pembelian anda kemudian kerana maklumat dan alamat penghantaran anda akan disimpan di halaman Kebuna. Klik login pada salah satu jika anda mahu dan kemudian Isikan ruangan di bawah. Ruangan yang mempunyai tanda asterisk adalah wajib diisi. Pastikan semua maklumat yang diisi di sini adalah tepat. Jika anda tidak login menggunakan cara di atas atau tidak mempunyai akaun Facebook atau Google, anda boleh memlilih untuk mendaftar di bahagian bawah.
Di bahagian bawah anda dapat melihat senarai barangan yang anda telah pilih dan anda boleh memilih cara penghantaran. Terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan pos biasa atau poslaju. Penghantaran dengan pos biasa adalah lebih murah tetapi memakan lebih masa untuk dihantar berbanding poslaju. Setelah memilih cara penghantaran yang anda mahukan, anda perlu pilih cara pembayaran.
Di sini, terdapat dua cara juga untuk melakukan pembayaran. Salah satunya adalah melalui Direct Bank Transfer. Dengan cara ini anda perlu menghantarkan pembayaran kepada akaun bank Kebuna. Cara yang kedua pula adalah melalui perbankan online yang lebih mudah dan cepat tetapi mempunyai kos tambahan sebanyak satu ringgit lima puluh sen. Pilih salah satu cara pembayaran di sini dan kemudian klik place order di bawah.
Jika anda memilih direct bank transfer, anda akan ditunjukkan dengan maklumat tentang pembelian anda serta maklumat bank akaun kebuna untuk menghantarkan pembayaran. Apabila anda menghantar pembayaran, pastikan anda memasukkan nombor pesanan ke dalam ruangan rujukan pembayaran. Jika anda memilih pembayaran secara perbankan online, anda akan dibawa ke halaman pembayaran untuk memilih cara perbankan online yang anda mahu. Lengkapkan pembayaran dan kemudian anda akan dibawa kembali ke halaman Kebuna yang akan menunjukkan maklumat pembelian anda.
Setelah kami mengesahkan pembayaran anda, pesanan anda akan diproses dan anda akan dimaklumkan melalui email apabila pembelian anda telah dihantar. Kami berharap kami telah menunjukkan dengan jelas cara untuk membeli di kedai online Kebuna. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh hubungi kami di 011-34140140 atau melalui email di info@kebuna.com. Terima kasih kerana menonton!