Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Satu alat yang amat penting di dalam penanaman fertigasi atau hidroponik secara komersial ialah EC meter. Kepekatan larutan nutrien kerap berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangan tanaman dan EC meter digunakan untuk memastikan kadar nutrien yang digunakan ialah bersesuaian. Maka, pengeluaran hasil tanaman-tanaman adalah amat bergantung kepada keupayaan EC meter memberikan bacaan yang tepat dan konsisten. Namun, mengikut ujian yang kami lakukan 6 daripada 10 produk EC meter di pasaran tidak sesuai digunakan.

Cara yang mudah untuk menguji ketepatan bacaan EC meter adalah dengan menggunakan air minuman 100 Plus Active seperti yang ditunjukkan dalam artikel di bawah tetapi cara ini cuma menguji ketepatan pada satu nilai bacaan sahaja. Bahagian bawah menunjukkan cara menguji ketepatan bacaan EC meter pada empat nilai bacaan yang berbeza.

Dalam artikel di bawah kami menunjukkan cara untuk menghasilkan sendiri larutan rujukan EC yang boleh digunakan untuk menguji ketepatan EC meter. Di dalam artikel ini, kami ingin menerangkan cara untuk menguji ketepatan EC meter menggunakan larutan rujukan EC tersebut. Larutan rujukan EC yang ditunjukkan di bawah adalah mudah dan murah untuk dihasilkan.

Panduan membuat larutan rujukan EC

Kalibrasi

Langkah pertama sebelum menggunakan EC meter adalah kalibrasi. Kalibrasi perlulah dibuat setepat yang mungkin kerana ianya akan mempengaruhi setiap bacaan yang diambil. Walaupun anda boleh membuat larutan rujukan sendiri seperti yang ditunjukkan di atas tetapi digalakkan untuk menggunakan larutan ‘conductivity standard’ yang akan memberikan kalibrasi yang lebih tepat. Dua nilai EC yang biasa digunakan untuk kalibrasi ialah 1.413uS/cm dan 12.88mS/cm.

Nilai EC larutan yang dihasilkan sendiri berbeza sedikit berbanding larutan ‘conductivity standard’

Larutan Ujian

Walaupun EC meter telah dikalibrasi tetapi tidak bermakna ia akan menunjukkan bacaan yang betul untuk setiap nilai EC. Maka, EC meter perlulah diuji pada nilai-nilai EC yang berlainan. Bancuh keempat-empat Larutan Ujian iaitu larutan rujukan EC pada nilai 1.04, 2.06, 3.05, dan 4.00 mS/cm seperti di dalam panduan di atas. Untuk setiap larutan isi ke dalam 2 cawan sehingga separuh penuh, satu cawan digunakan untuk membasuh probe EC meter dan lagi satu untuk mengambil bacaan. Langkah ini perlu untuk mengelakkan sebarang sisa larutan daripada bacaan yang diambil mempengaruhi nilai EC bacaan yang seterusnya. Lap probe selepas setiap kali basuhan dan mengambil bacaan untuk mengurangkan kesan ini.

Larutan untuk membasuh probe (kiri) dan untuk mengambil bacaan (kanan)

Keputusan

Disebabkan ralat alat ukur di dalam proses membuat larutan rujukan EC, nilai EC larutan yang terhasil mungkin akan berbeza sedikit berbanding nilai yang diberikan tetapi ianya cukup tepat untuk digunakan dalam menentukan ketepatan EC meter bagi tujuan penanaman.

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE