Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Kalkulator Baja AB

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Campuran baja yang betul di dalam sistem fertigasi dan hidroponik adalah amat penting untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman yang optimum dan penggunaan baja yang efisien. Komponen-komponen baja yang diperlukan dapat ditentukan daripada kepekatan setiap elemen yang diperlukan dan biasanya unit PPM atau Parts per Million digunakan. PPM adalah hubungan kepekatan atau kandungan sesuatu bahan di dalam sesuatu sebatian atau larutan, contohnya larutan yang mempunyai 200ppm nutrien kalium bermaksud berat nutrien kalium di dalam larutan tersebut adalah 200 per satu juta daripada berat larutan tersebut.

Untuk mendapatkan jumlah berat bagi setiap komponen baja daripada nilai PPM setiap elemen yang diperlukan, banyak pengiraan perlu dilakukan dan kesilapan boleh berlaku di dalam pengiraan. Oleh itu, kami membuat kalkulator di bawah untuk memudahkan pengiraan berat bagi setiap komponen baja daripada nilai PPM setiap elemen yang diperlukan. Kami dibantu oleh FORMENIAGA di dalam pembuatan kalkulator ini iaitu pakar di dalam bidang fertigasi dan juga pembekal barangan fertigasi.

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik ini adalah mudah untuk digunakan dan panduan ringkas untuk menggunakan kalkulator ini adalah seperti di bawah:

  • Sila pastikan komponen baja mengikut spesifikasi pengeluar.
  • Tidak semua nilai PPM boleh digunakan tetapi julat PPM yang dibenarkan adalah luas . Cadangan akan diberikan jika nilai PPM tidak bersesuaian.
  • Nilai PPM Sulphur (S) dan Calcium (Ca) tidak boleh ditetapkan tetapi nilai minimum PPM bagi kedua-dua elemen tersebut boleh ditentukan.
  • Keputusan bagi berat setiap komponen baja diberi di dalam unit gram (g) untuk Macro Element dan miligram (mg) untuk Micro Element
  • Kalkulator ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan nilai PPM daripada sesuatu campuran baja (Page 2). Berguna jika anda hendak mengolah formula campuran baja yang sedia ada atau hendak menggantikan komponen baja yang susah untuk didapati seperti Ammonium Nitrate. Selain daripada itu, fungsi ini juga boleh digunakan untuk memastikan pengiraan campuran baja adalah betul.

Jika anda ingin membuat larutan stok baja AB menggunakan keputusan yang diberikan oleh kalkulator ini berikut adalah beberapa tips:

  • Stok baja A mengandungi Calcium Nitrate, Potassium Nitrate dan chelate logam EDTA, DTPA dan lain-lain.
  • Stok baja B mengandungi semua komponen yang baja selain daripada yang diatas tetapi boleh juga dicampur dengan Potassium Nitrate.
  • Jumlah berat komponen baja di dalam stok baja A dan B mesti sama atau sehampir yang boleh. Gunakan Potassium Nitrate untuk mengimbangi jumlah berat stok baja A dan B.
  • Isipadu stok larutan mengikut stok baja yang paling berat dan kadar larutan adalah 10l kepada 1kg. Sebagai contoh, jika berat komponen baja dalam stok baja A adalah 8kg dan stok baja B adalah 10kg maka isipadu stok bagi kedua-dua stok baja adalah 10l.

Kami harap aplikasi ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau maklum balas sila tuliskan di ruang komen di bawah.

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Ubah ruangan di bawah mengikut keperluan anda untuk mendapatkan campuran baja yang diperlukan
Page 1 of 2
Ubah nilai PPM elemen-elemen di bawah mengikut keperluan anda
Ubah peratusan berat Macro Element di dalam komponen baja di bawah mengikut spesifikasi pengeluar
Calcium Nitrate (CaNO3)2
Potassium Nitrate KNO3
Monopotassium Phosphate (KH2PO4)
Monoammonium Phosphate (NH4H2PO4)
Potassium Sulfate (K2SO4)
Ubah peratusan berat Micro Element di bawah mengikut sebatian yang digunakan dan spesifikasi pengeluar
Ubah ruang di bawah mengikut isipadu air yang akan digunakan untuk membuat bancuhan baja
Nilai-nilai yang diberikan di bawah adalah berat bagi setiap komponen baja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan PPM dan isipadu air
Previous
Next
Page 2 of 2
Gunakan bahagian di bawah untuk menghitung nilai PPM bagi setiap elemen di dalam sesuatu campuran baja
Ubah ruang di bawah mengikut isipadu air yang digunakan untuk membancuh campuran baja di bawah
Ubah ruangan di bawah mengikut berat bagi setiap komponen baja di dalam campuran baja
Nilai-nilai yang diberikan di bawah adalah nilai PPM bagi setiap elemen di dalam campuran baja di atas
Previous
Next

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE