Ladang 5000 Ekar Lebih 10 Tahun Tanpa Baja (Regenerative Agriculture)
Tidak hairan untuk memikirkan mustahil penanaman skala besar boleh dibuat tanpa menggunakan baja tetapi itulah yang dibuat oleh Gabe Brown, seorang penanam dan penternak dari Amerika Syarikat di ladang beliau yang bersaiz lebih kurang 5000 ekar sejak lebih 10 tahun lepas. Beliau menggunakan konsep pertanian regeneratif (Regenerative Agriculture) antaranya dengan menghidupkan tanah tanaman dengan pelbagai hidupan yang menyuburkan tanah serta membantu membekalkan tanaman dengan nutrien. Kesuburan dan struktur tanah dipelihara dengan penanaman secara tanpa bajak (no-till) dan tanaman tutup bumi...