Memahami Isu Sekuriti Makanan Negara
Lonjakan harga makanan sewaktu pandemik ini menjadi keresahan bagi ramai penduduk negara ini. Salah satu sebab lonjakan harga ini adalah peningkatan mendadak harga input-input pertanian yang meningkatkan kos pengeluaran makanan yang sudah tentu menyebabkan peningkatan harga kepada pengguna. Golongan penanam, penternak, dan sebagainya juga terbeban disebabkan peningkatan kos operasi yang amat ketara sehinggakan ada yang terpaksa menghentikan operasi kerana tidak boleh meraih pendapatan yang mencukupi. Bahkan pelbagai perniagaan juga terkesan disebabkan kurangnya keupayaan orang ramai untuk berbelanja dengan kenaikan harga...