Betul Ke Nilai Isipadu Yang Tertera Pada Bungkusan Itu?
Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah nurseri untuk mencari produk kompos, dan saya ada ternampak produk tanah campuran tanaman yang terjual di situ. Pada bungkusan produk tersebut tertera nilai isipadu 20 liter tetapi kandungannya nampak macam kurang daripada nilai tersebut. Jadi saya ada mendapatkan juga satu produk tanah campuran tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan sendiri bacaan isipadunya. Saya mendapati bacaan isipadunya adalah lebih kurang 15 liter, jauh berbeza daripada nilai yang tertera iaitu 20 liter. Saya ada dapatkan dua lagi...