Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Blog

Jadual & Kalkulator Ukuran Polybag

Polybag atau polibeg terdapat dalam pelbagai saiz tetapi nilai saiz saja tidak memberitahu ukuran diameter, tinggi, dan isipadu apabila ianya diisi tanah yang dapat membantu dalam memilih saiz yang sesuai untuk kegunaan tertentu. Jadi kami menyediakan Jadual Ukuran Polybag yang memberikan ukuran-ukuran ini. Nilai ukuran di dalam jadual diperolehi dari pengiraan dan amat hampir dengan nilai sebenar dengan beberapa saiz polybag yang kami sendiri ukur. Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Ukuran Polybag bagi saiz yang tak tertera di dalam jadual....

Read more...

Cara Mendapatkan Ukuran Penuh Polybag

Polybag atau polibeg yang digunakan untuk menanam tanaman terdapat dalam pelbagai saiz seperti 8x8, 10x12, dan 16x16 tetapi nombor ini tidak memberitahu cara bagaimana ukuran dibuat dan unit yang digunakan. Bagi yang lama telah berkebun kemungkinan telah tahu saiz apa yang sesuai untuk kegunaan tertentu tetapi bagi yang baru ingin bermula berkebun nombor ini cuma memberitahu nombor yang lebih besar bermaksud saiz lebih besar tanpa memberi gambaran yang jelas berapa besar sebenarnya. Sukar untuk mendapatkan gambaran besar polybag Sebagai perbandingan, ukuran pasu...

Read more...

Cara Menguji EC Meter Menggunakan 100 Plus Active

UPDATE: Selepas satu tahun bacaan EC minuman 100 Plus Active masih sama iaitu 2.08ms/cm. Ini menunjukkan produk ini melalui proses penghasilan yang tepat dan konsisten. Maka, selagi formulasi produk ini tidak bertukar boleh dijangkakan nilai EC produk minuman ini tidak akan berubah dan sesuai untuk digunakan bagi menguji ketepatan bacaan EC meter. Bacaan EC produk minuman ini tidak berubah selepas satu tahun. Terdapat banyak produk EC meter di pasaran dan mengikut pengalaman kami sendiri, banyak juga yang tidak tepat dan tidak sesuai...

Read more...

Pilih Cara Semaian yang Sesuai

Tanaman boleh mempunyai lebih daripada satu cara semaian untuk menghasilkan tanaman yang baru tetapi cara semaian perlulah dipilih bersesuaian dengan jenis tanaman yang ingin dihasilkan. Ini disebabkan cara semaian boleh mempengaruhi ciri-ciri tanaman yang terhasil. Untuk sesetengah tanaman pula, pemilihan sesuatu cara semaian adalah bergantung lebih kepada kemudahan satu cara berbanding yang lain. Bagi kebanyakan tanaman seperti sayur-sayuran, cara yang sesuai dan mudah adalah melalui semaian biji benih. Tanaman sayuran yang terhasil akan hampir sama seperti tanaman induk atau mempunyai ciri-ciri...

Read more...

Cara Menggunakan Cocopeat Sebagai Media Semaian

Salah satu aktiviti berkebun yang perlukan penjagaan yang kerap dan teliti adalah menjaga semaian sama ada daripada biji benih atau keratan. Sebagai contoh, air perlulah dipastikan sentiasa mencukupi terutamanya pada peringkat awal kerana semaian mudah untuk tak menjadi jika kekurangan air. Keperluan cahaya juga berbeza mengikut peringkat pertumbuhan tanaman. Di peringkat percambahan biji benih, semaian boleh diletakkan di tempat yang redup untuk mengurangkan pemeruapan air tetapi jika sudah bercambah perlu diubah ke tempat yang lebih cerah. Cahaya perlu dipastikan mencukupi setelah semaian...

Read more...

Bila Perlu Menggunakan Sumbu

Dalam penanaman hidroponik, tanaman diletakkan di atas larutan nutrien yang membekalkan air dan nutrien untuk tanaman tersebut. Maka media yang digunakan perlulah terendam sedikit di dalam larutan nutrien. Ia tidak perlu terendam sepenuhnya kerana larutan nutrien akan meresap ke kawasan media yang lain. Larutan ini akan berkurangan kerana digunakan oleh tanaman tetapi pada waktu yang sama, akar tanaman juga membesar dan memanjang ke bawah. Tanaman mendapat secara terus air dan nutrien walaupun media yang digunakan tidak lagi terendam di dalam larutan...

Read more...

Gunakan Saiz Pasu Yang Bersesuaian Dengan Tanaman

Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah atau kawasan untuk menanam, bekas tanaman seperti pasu adalah antara pilihan yang ada untuk bercucuk tanam. Tambahan lagi, pasu juga mempunyai pelbagai saiz, warna, dan rupa bentuk menarik yang boleh mencantikkan halaman rumah. Antara perkara yang perlu dipastikan adalah memilih saiz pasu yang sesuai dengan jenis tanaman. Saiz pasu yang terlalu kecil akan membantutkan tanaman kerana pertumbuhan akar yang terhad menyebabkan tanaman tidak boleh membesar. Tanaman juga mudah tumbang dan tanah cepat kering jika saiz...

Read more...

Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup

Cahaya adalah salah satu keperluan utama tanaman dan ia diperlukan dalam penghasilan makanan untuk tanaman melalui proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan tanaman tidak membesar dengan baik. Walaupun cahaya tidak diperlukan untuk biji benih bercambah tetapi sebaik sahaja ianya bercambah, ianya perlulah mendapatkan cahaya yang cukup. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan semaian tumbuh panjang dan kurus seperti lidi. Bagi memastikan semaian mendapat cahaya yang cukup apabila ia bercambah, letakkan di tempat yang cerah tetapi bukan di tempat yang mendapat matahari terus contohnya di...

Read more...

Maksud Nombor Yang Terdapat Pada Bungkusan Baja

Pada bungkusan baja terutamanya bungkusan baja kimia kebiasannya tertera tiga nombor contohnya 8-8-8 dan 12-12-17. Tiga nombor ini merujuk kepada peratusan kandungan nutrien utama tanaman iaitu nitrogen ( N), foforus (P) dan potasium (K) yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, baja yang mempunyai nombor 12-11-18 mengandungi 12% nitrogen ( N), 11% fosfat (P2O5), dan 18% potash (P2O). Selain daripada tiga nutrien ini, baja juga boleh mengandungi nutrien-nutrien yang lain seperti magnesium (Mg), sulfur (S), dan unsur surih (‘trace element’ atau singkatan...

Read more...

Basuh Cocopeat Sebelum Guna

Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan sebagai media tanaman kerana ia mempunyai pelbagai ciri yang sesuai untuk tanaman. Tambahan lagi, ia mudah didapati serta mempunyai kos yang rendah. Namun begitu, cocopeat mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan tanaman. Kandungan garam yang tinggi di dalam media tanaman mengganggu penyerapan nutrien oleh akar tanaman yang boleh menyebabkan tanaman menjadi bantut. Cocopeat sebaiknya dibasuh sebelum digunakan bagi mengurangkan kandungan garam di dalamnya. Cara membasuh cocopeat adalah sama seperti membasuh...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE