Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Blog

Pastikan Media Semaian Sentiasa Lembap

Biji benih boleh bertahan bertahun lamanya jika disimpan dengan baik tetapi ianya amat sensitif apabila ia sudah mula bercambah. Fasa percambahan biji benih bermula apabila ianya menyerap air dan pada peringkat ini ia mudah mati jika kekurangan air. Pastikan media semaian sentiasa lembap terutamanya di peringkat awal percambahan biji benih. Letakkan semaian di tempat yang redup untuk memastikan media tidak mudah kering. Sama juga bagi tanaman yang terus disemai di atas tanah, kawasan tanaman perlulah dipastikan tidak kering. Penting juga untuk memastikan...

Read more...

Operasi Sewaktu Pandemik Coronavirus COVID-19

TERBARU: Kebuna beroperasi seperti biasa sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jika anda berada di daerah yang lain, kami juga mempunyai servis penghantaran ke lokasi anda, sila klik untuk maklumat lanjut. Sekarang kami beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang tetapi pada hari Jumaat kedai tutup dari pukul 12 tengahari hingga 2:30 petang. Kebuna akan kembali beroperasi pada 18 Mei 2020 ini dan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri adalah pada 23-25 Mei 2020. Waktu operasi Kebuna telah...

Read more...

Lebih 650 Racun Perosak Berdaftar Boleh Menyebabkan Kanser

Di dalam penanaman di Malaysia penggunaan racun ialah amalan biasa dalam pengawalan perosak tanaman dan penggunaannya adalah tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA), makanan yang diimport oleh negara European Union dari Malaysia adalah antara yang paling tinggi kandungan sisa racun berbanding lebih daripada 70 negara lain. Racun perosak bukan sahaja membunuh perosak malah boleh juga membawa pelbagai penyakit kepada manusia dan antaranya ialah kanser. https://www.kebuna.com/blog/laporan-efsa-menunjukkan-penggunaan-racun-kimia-yang-tinggi-di-malaysia Terdapat lebih 3000 produk racun perosak yang berdaftar di Malaysia dan sekurang-kurangnya...

Read more...

Asas Penanaman Secara Hidroponik

Berkebun ialah aktiviti yang memerlukan komitmen setiap hari untuk memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagi kebanyakan tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu, air perlu diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala adalah sukar untuk memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Namun, penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam secara hidroponik. Kebanyakan tanaman sayuran memerlukan sekurang-kurangnya 2 kali siraman sehari. Hidroponik ialah penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas...

Read more...

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Satu alat yang amat penting di dalam penanaman fertigasi atau hidroponik secara komersial ialah EC meter. Kepekatan larutan nutrien kerap berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangan tanaman dan EC meter digunakan untuk memastikan kadar nutrien yang digunakan ialah bersesuaian. Maka, pengeluaran hasil tanaman-tanaman adalah amat bergantung kepada keupayaan EC meter memberikan bacaan yang tepat dan konsisten. Namun, mengikut ujian yang kami lakukan 6 daripada 10 produk EC meter di pasaran tidak sesuai digunakan. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Cara yang mudah untuk menguji ketepatan bacaan EC meter...

Read more...

Apakah Electrical Conductivity (EC)?

Bagi penanaman yang menggunakan sistem fertigasi atau hidroponik, adalah penting untuk memastikan kepekatan larutan baja berada di tahap yang sesuai supaya tanaman tumbuh dengan baik. Salah satu cara untuk memastikannya adalah dengan menggunakan EC meter. EC iaitu singkatan untuk 'electrical conductivity' ialah keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Lebih mudah sesuatu bahan mengalirkan arus elektrik, lebih tinggi nilai EC bahan tersebut dan di dalam penanaman unit yang biasa digunakan untuk mengukur EC ialah milisiemens per sentimeter (mS/cm). Gambar di...

Read more...

Sumber Bahan Mentah Produk SRI

Di sini anda boleh mendapat senarai sumber bahan mentah yang diperlukan untuk membuat produk SRI. Sebahagian daripada bahan yang tertera di dalam buku Panduan Membuat Dan Mengguna Produk SRI Organik mungkin tidak mudah untuk didapati dan kami akan berikan bahan alternatif di sini. Jika anda mengetahui sumber yang lain selain yang diberikan di bawah sila kongsi di ruang komen di bawah. Gula merah- Pasar borong dan kedai runcitMolases (Alternatif gula merah)- Kedai barang ternakan dan pertanian- SPCB Sdn. Bhd. di Pelabuhan...

Read more...

Panduan Membuat Produk SRI

Penanaman secara konvensional bergantung tinggi kepada penggunaan baja dan racun kimia sintetik yang membawa kesan negatif kepada kesuburan tanah dan kesihatan tanaman. Tambahan lagi, penggunaan racun kimia sintetik yang berleluasa juga menjejaskan kesihatan dan merosakkan ekosistem alam semula jadi. Kebergantungan kepada bahan kimia sintetik ini juga bermakna kos penanaman tinggi yang sentiasa meningkat. Ekosistem yang sihat dan pelbagai terjaga tanpa penggunaan agrokimia yang berleluasa Cara penanaman yang melihat alam semula jadi secara holistik bukan sahaja boleh menghasilkan makanan yang lebih sihat dan...

Read more...

Brogard Mengandungi Racun Sintetik Menurut Jabatan Pertanian

Brogard ialah jenama pestisid organik yang amat terkenal di Malaysia tetapi telah dilaporkan mengandungi perawis aktif racun sintetik acetamiprid pada kadar 5% w/w (50g untuk setiap 1kg larutan) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Sehubungan isu ini, Lembaga Racun Makhluk Perosak mengarahkan agar produk tersebut ditarik dari pasaran. Acetamiprid adalah sejenis neonicotinoid yang tidak wujud secara semulajadi dan hanya boleh terhasil secara sintetik maka menjadikan dakwaan bahawa produk Brogard adalah bersumberkan 100% herba tidak benar dan ianya juga tidak boleh digunakan untuk penanaman...

Read more...

Perkara Penting Mengenai Cocopeat

Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan sebagai media tanaman terutamanya dalam penanaman sayur-sayuran secara komersial. Terdapat beberapa ciri yang menjadikannya media yang utama dalam penanaman komersial antaranya adalah ia mempunyai kos yang rendah, mudah didapati, mempunyai ciri anti kulat, memegang air dengan baik, ringan dan pelbagai lagi. Aspek-aspek ini juga menjadikannya alternatif utama kepada tanah bagi penanam-penanam hobi. Namun, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tahu jika ingin mendapatkan pertumbuhan tanaman yang terbaik apabila menggunakan cocopeat. Cocopeat media utama apabila...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE