Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Blog

Kalkulator Baja AB

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Campuran baja yang betul di dalam sistem fertigasi dan hidroponik adalah amat penting untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman yang optimum dan penggunaan baja yang efisien. Komponen-komponen baja yang diperlukan dapat ditentukan daripada kepekatan setiap elemen yang diperlukan dan biasanya unit PPM atau Parts per Million digunakan. PPM adalah hubungan kepekatan atau kandungan sesuatu bahan di dalam sesuatu sebatian atau larutan, contohnya larutan yang mempunyai 200ppm nutrien kalium bermaksud berat nutrien kalium di dalam larutan tersebut adalah 200 per satu juta daripada...

Read more...

Asas Baja Tanaman

Tanaman mempunyai 4 keperluan utama iaitu air, nutrien, cahaya dan udara untuk hidup. Bagi memastikan tanaman hidup dan tumbuh dengan baik ianya perlulah mendapat dengan mencukupi 4 perkara ini. Tanaman boleh mendapatkan keperluan-keperluan ini dari persekitaran tetapi kebiasaannya nutrien perlu dibekalkan kerana nutrien di dalam tanah berkurangan disebabkan diambil oleh tanaman. Nutrien merupakan makanan untuk tanaman dan ianya boleh dibekalkan dengan menggunakan baja. Pembajaan adalah antara aktiviti penting dalam berkebun. Terdapat pelbagai jenis baja yang digunakan untuk tanaman yang secara amnya boleh...

Read more...

Cara Membuat Larutan Rujukan EC

Artikel ini dalam proses pembaharuan untuk menambahkan lagi maklumat-maklumat yang relevan dan saiz botol yang digunakan untuk membuat larutan rujukan EC telah bertukar dari 1.5L ke 500mL. Jika anda pernah mendapatkan dokumen DIY Larutan Rujukan EC kami telah memperbaharui dokumen tersebut yang anda boleh dapatkan di bawah. Sila ke artikel di bawah untuk mendapatkan panduan am serta beberapa perkara yang anda perlu tahu dalam membuat larutan rujukan EC. https://www.kebuna.com/blog/perbandingan-antara-ec-meter-hanna-dist-4-dan-aquapro-ap-2 EC meter ialah peralatan penting dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik dan ianya...

Read more...

Kenapa Kualiti EC Meter Penting

UPDATE: Kami ada menguji ketepatan bacaan 10 unit EC meter yang berbeza dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai digunakan. Sila lihat artikel di bawah untuk maklumat lanjut. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Terdapat pelbagai EC meter di dalam pasaran dan harga setiap satunya boleh berbeza besar. Satu jenama yang dikenali dengan kualiti iaitu Hanna, harga EC meter yang dijual oleh mereka adalah dalam lingkungan ratusan ringgit manakala banyak EC meter yang lain di pasaran jauh lebih murah. EC meter Hanna Untuk melihat perbezaan antara EC meter Hanna...

Read more...

Float Switch untuk Pam Air ke Tangki

Jika anda menggunakan pam untuk mengisi tangki air daripada tasik atau kolam, float switch boleh membantu mengautomasikan pengisian tangki. Anda boleh melihat bagaimana ia berfungsi di dalam video. Float switch ini akan ON apabila paras air rendah dan OFF apabila paras air tinggi. Paras air yang dikehendaki boleh diperoleh dengan melaras panjang kabel. Pam boleh disambung terus ke float switch tetapi kami galakkan menggunakan relay 5V kerana lebih selamat. 5V relay digunakan untuk mengawal pam. Float switch dan relay mudah didapati di kedai-kedai online.

Read more...

Cara Memasang Sistem Pengairan Automatik Untuk Tanaman

Air merupakan keperluan asas bagi setiap kehidupan dan sehingga 90% daripada berat tumbuh-tumbuhan adalah air. Oleh itu, air yang mencukupi adalah amat penting bagi tanaman. Kekurangan air boleh cepat memberi kesan yang negatif terhadap tanaman dan tanaman boleh mati hanya selepas beberapa hari tanpa air. Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara memasang sistem pengairan automatik untuk tanaman anda di rumah. Terdapat juga pelbagai alternatif yang lain yang boleh memudahkan pengairan tanaman, pencarian di dalam Google boleh memberikan anda pelbagai idea...

Read more...

Asas Menanam Sayuran Daripada Biji Benih

Di sini kami ingin berkongsi beberapa perkara asas menanam sayuran daripada biji benih. Artikel ini disasarkan kepada mereka yang hendak bermula bercucuk tanam di rumah tetapi ianya mungkin juga bermanfaat bagi mereka yang telah lama berkebun. Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang boleh dimasukkan ke dalam artikel ini tetapi maklumat di bawah adalah yang utama untuk diketahui bagi memastikan biji benih ditanam dan tumbuh dengan baik. Kualiti biji benih adalah penting. Tidak semua biji benih boleh bercambah dan kadar percambahan adalah bergantung kepada...

Read more...

4 Keperluan Asas Tanaman

Walaupun terdapat cabaran dalam berkebun tetapi menanam dan menjaga tanaman adalah tidak sukar. Seperti kita, tanaman memerlukan beberapa keperluan asas untuk hidup dan dengan memastikan ianya mencukupi, tanaman anda akan tumbuh dengan baik dan sihat. Keperluan asas tanaman terbahagi kepada 4 iaitu air, cahaya, nutrien, dan udara. Air Air merupakan keperluan asas utama bukan sahaja untuk tanaman malah untuk semua kehidupan. Kepentingan air untuk tanaman juga dapat dilihat daripada peratus berat air yang terkandung di dalam tanaman iaitu 80%-90% daripada berat tumbuh-tumbuhan...

Read more...

Website Untuk Beli Buku Berkebun

Tidak kira apa aktiviti, ilmu adalah penting untuk mendapatkan yang terbaik. Ilmu penanaman pula adalah amat luas, setiap hari kami mempelajari sesuatu yang baru dan terdapat pelbagai buku penanaman juga yang boleh didapati. Tiga buku penanaman yang kami beli online baru sahaja sampai dan jika anda juga ingin mencari buku berkebun, anda boleh mendapatkannya di website-website di bawah. https://opentrolley.com.my/ - Tiga buku yang di atas kami membelinya di sini. Banyak pilihan buku boleh dicari di sini. https://www.bookdepository.com/ - Website UK...

Read more...

Apakah Tanaman Hibrid?

Di dalam satu spesis tanaman boleh terdapat pelbagai varieti yang berbeza dari segi bentuk tanaman dan hasil, kadar pertumbuhan dan pengeluaran hasil serta banyak lagi. Sebagai contoh, tanaman cili mempunyai pelbagai jenis varieti seperti cili kulai, cili padi, dan cili api. Dari perspektif pengguna perbezaan yang jelas adalah rasa, warna dan bentuk hasil tetapi bagi penanam terdapat pelbagai ciri-ciri lain lagi yang memainkan peranan di dalam pemilihan varieti tanaman untuk pengeluaran hasil. Antaranya adalah, produktif, tahan penyakit, cepat mengeluarkan hasil,...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE