Panduan Pengunjung MAHA 2022
Ekspo MAHA 2022 yang ditunggu-tunggu akan bermula dalam dua hari sahaja lagi dan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2022 dan waktu operasi 10AM-10PM. Ia bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor dan bagi yang pernah ke sana tahu betapa besarnya ekspo ini. Selain daripada melitupi kawasan yang luas yang akan dipenuhi dengan pelbagai pameran, jualan dan lain-lain, akan juga terdapat pelbagai program, acara, dan aktiviti di sana.
Meluangkan satu hari sahaja di ekspo ini memang tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam arena pertanian. Mengikut pengalaman saya sendiri sewaktu ekspo MAHA 2018, banyak tempat tak sempat nak lawat setelah berjalan sepanjang hari di sana. Tambahan lagi, jalan sesak dan perlu beratur panjang untuk naik bas di dalam disebabkan ramai pengunjung seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di bawah. Banyak program juga yang bertindih waktu di pelbagai lokasi, jadi memang tak boleh nak alami semua yang mengambil tempat di sana.
Maka, digalakkan untuk merancang kunjungan anda ke sana dan pihak pengurusan ekspo ada menyediakan buku panduan untuk pengunjung bagi tujuan ini. Buku Panduan Pengunjung MAHA 2022 ini anda boleh dapatkan dari link di bawah yang mengandungi peta, pelan atur, serta jadual program yang terperinci. Link di bawah akan membawa anda ke Google PDF reader yang juga memberikan kemudahan untuk anda download dan save buku tersebut.
https://www.kebuna.com/PanduanMAHA2022
Peta yang disediakan di dalam buku di atas mungkin agak sukar untuk dibaca disebabkan ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian. Di bawah menunjukkan gambar peta MAHA 2022 secara keseluruhannya dan anda juga boleh download peta dengan klik pada gambar yang akan membuka Google image viewer di mana anda boleh download dan save gambar peta. Lokasi ekspo pula boleh didapati dengan mencari MAEPS Serdang di dalam Googlemaps atau Waze.
Buku panduan ini disediakan di halaman rasmi MAHA iaitu https://mahaexpo.my yang juga menyediakan pelbagai maklumat berkaitan ekspo ini. Saya cuma meletakkannya di Google kerana online PDF reader Google lebih mudah untuk digunakan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perkembangan terbaru di Facebook page rasmi MAHA di https://www.facebook.com/ExpoMAHAOfficial.