Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Penting Tahu pH Tanah Tapi Elakkan pH Meter Yang Murah

Penting Tahu pH Tanah Tapi Elakkan pH Meter Yang Murah

Tanaman memerlukan tahap pH tanah yang sesuai supaya ia dapat menyerap nutrien yang diperlukan dengan berkesan. pH tanah ialah ukuran keasidan atau kealkalian tanah dan bacaannya boleh didapati dengan menggunakan pH meter. Tahap pH tanah yang optimum bagi kebanyakan tanaman adalah antara 5.5 dan 6.5 iaitu sedikit berasid.

pH tanah yang optimum memastikan tanaman mendapat semua nutrien yang diperlukan

Tanah di kawasan tropikal seperti di Malaysia kebiasaannya berasid dan proses pereputan bahan-bahan organik dalam tanah juga boleh menyebabkan tanah menjadi lebih berasid. Jika ada tanaman anda yang tidak menjadi, ada kemungkinan nilai pH tanah terlalu rendah seperti di bawah. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui nilai pH tanah serta membuat rawatan yang diperlukan sebelum menanam.

Nilai pH terlalu rendah menyebabkan tanaman tidak boleh tumbuh dengan baik.

Jika anda ingin menggunakan pH meter untuk mengambil bacaan pH tanah, elakkan pH meter yang murah. pH meter yang kami gunakan berjenama Takemura dan ianya jenama yang kerap digalakkan oleh penanam-penanam di Malaysia. Apabila dibandingkan dengan 2 pH meter murah yang kami ada dapatkan, bacaan 2 pH meter tersebut jauh berbeza dan tidak konsisten seperti di bawah.

Harga pH meter jenama Takemura ini mungkin agak mahal tetapi bagi kami, perlu ada pH meter yang berkualiti untuk sesiapa yang kerap berkebun terutamanya yang membuat penanaman secara komersil. Alternatif yang jauh lebih murah adalah dengan menggunakan kertas litmus tetapi penggunaanya adalah tidak semudah dan setepat berbanding menggunakan pH meter untuk mengambil bacaan pH tanah.

Kertas litmus boleh juga digunakan untuk mendapatkan bacaan pH tanah.

Kami tidak pernah mencuba menggunakan kertas litmus untuk mendapatkan bacaan pH tanah tetapi kami akan membuat perbandingan dengan pH meter Takemura dalam penulisan akan datang. Buat masa ini kami tidak menjual pH meter ataupun kertas litmus tetapi anda boleh mendapatkannya di pelbagai kedai online di Malaysia.

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE