Separuh Populasi Hidupan Laut Telah Hilang Dalam 40 Tahun
Apabila mengkaji isu-isu sekuriti makanan, saya hanya dapat merasa pesimistik dengan masa depan negara serta dunia. Dalam beberapa penulisan di blog Kebuna, saya ada membincangkan isu sekuriti makanan yang berkait dengan sistem penanaman di Malaysia di mana kita amat bergantung pada import untuk input-input pertanian. Peningkatan harga mendadak input-input pertanian dan makanan sejak mulanya pandemik Covid-19 telah mendedahkan satu kelemahan di dalam sistem pengeluaran makanan negara. Selain daripada itu, terdapat isu-isu lain juga yang timbul dari sistem penanaman konvensional.
Bukan sahaja kemampanan sumber makanan dari daratan yang perlu kita fikirkan, malah sumber makanan laut juga secara global semakin berkurangan disebabkan penangkapan hidupan laut yang berlebihan. Menurut kajian oleh World Wildlife Fund (WWF), populasi hidupan laut telah berkurangan sebanyak 49% antara tahun 1970 hingga 2012 dan peratusan ini adalah lebih tinggi lagi untuk hidupan laut yang digunakan sebagai sumber makanan. Keadaan ini juga diterukkan lagi dengan pencemaran dan perubahan iklim global yang memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut.
Banyak lagi isu yang boleh dibincangkan berkaitan dengan sekuriti makanan dan saya akan berusaha untuk mengeluarkan artikel-artikel yang berkaitan. Dalam pandangan saya, semua orang perlu lebih peka dengan isu-isu sekuriti makanan dan berusaha bersama untuk memperbaiki sistem pengeluaran makanan negara. Ini adalah kerana isu-isu seperti yang disebut di atas bukan hanya memberi kesan kepada sesetengah orang sahaja, malah kepada semua populasi negara dan juga dunia.
Sumber: