Gardening Shop and Nursery Putrajaya

Hidroponik & Akuaponik

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

Kami ada menyediakan servis uji ketepatan bacaan EC meter yang kami tawarkan secara percuma buat masa ini. Sehingga kini kami telah merekodkan ujian 10 unit EC meter dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai untuk digunakan. Anda boleh melihat rajah di dalam gambar di atas yang menunjukkan bacaan antara EC meter yang diuji (B1,B2,B3,B4) dengan nilai EC sebenar larutan tersebut (N1,N2,N3,N4). Kod merujuk kepada unit EC meter yang kami uji dan tanda merah bermaksud ianya tidak sesuai digunakan. Penerangan lanjut berkaitan...

Read more...

Perbandingan Antara EC Meter Hanna DiST 4 dan AquaPro AP-2

Kami kerap membuat penulisan berkaitan EC meter kerana ia mempunyai fungsi yang penting dalam penanaman. EC meter digunakan dalam penanaman secara utamanya untuk mengukur kepekatan bancuhan larutan baja dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik. Walaupun ianya hanya satu alat yang kecil tetapi ia boleh menentukan sama ada tanaman menjadi ataupun tidak. EC meter yang memberikan bacaan yang salah boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi penanam komersial dan mengikut pengalaman kami sendiri menguji pelbagai produk EC meter, banyak juga yang tidak...

Read more...

Cara Menguji EC Meter Menggunakan 100 Plus Active

UPDATE: Selepas satu tahun bacaan EC minuman 100 Plus Active masih sama iaitu 2.08ms/cm. Ini menunjukkan produk ini melalui proses penghasilan yang tepat dan konsisten. Maka, selagi formulasi produk ini tidak bertukar boleh dijangkakan nilai EC produk minuman ini tidak akan berubah dan sesuai untuk digunakan bagi menguji ketepatan bacaan EC meter. Bacaan EC produk minuman ini tidak berubah selepas satu tahun. Terdapat banyak produk EC meter di pasaran dan mengikut pengalaman kami sendiri, banyak juga yang tidak tepat dan tidak sesuai...

Read more...

Bila Perlu Menggunakan Sumbu

Dalam penanaman hidroponik, tanaman diletakkan di atas larutan nutrien yang membekalkan air dan nutrien untuk tanaman tersebut. Maka media yang digunakan perlulah terendam sedikit di dalam larutan nutrien. Ia tidak perlu terendam sepenuhnya kerana larutan nutrien akan meresap ke kawasan media yang lain. Larutan ini akan berkurangan kerana digunakan oleh tanaman tetapi pada waktu yang sama, akar tanaman juga membesar dan memanjang ke bawah. Tanaman mendapat secara terus air dan nutrien walaupun media yang digunakan tidak lagi terendam di dalam larutan...

Read more...

Asas Penanaman Secara Hidroponik

Berkebun ialah aktiviti yang memerlukan komitmen setiap hari untuk memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagi kebanyakan tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu, air perlu diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala adalah sukar untuk memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Namun, penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam secara hidroponik. Kebanyakan tanaman sayuran memerlukan sekurang-kurangnya 2 kali siraman sehari. Hidroponik ialah penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas...

Read more...

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Satu alat yang amat penting di dalam penanaman fertigasi atau hidroponik secara komersial ialah EC meter. Kepekatan larutan nutrien kerap berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangan tanaman dan EC meter digunakan untuk memastikan kadar nutrien yang digunakan ialah bersesuaian. Maka, pengeluaran hasil tanaman-tanaman adalah amat bergantung kepada keupayaan EC meter memberikan bacaan yang tepat dan konsisten. Namun, mengikut ujian yang kami lakukan 6 daripada 10 produk EC meter di pasaran tidak sesuai digunakan. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Cara yang mudah untuk menguji ketepatan bacaan EC meter...

Read more...

Apakah Electrical Conductivity (EC)?

Bagi penanaman yang menggunakan sistem fertigasi atau hidroponik, adalah penting untuk memastikan kepekatan larutan baja berada di tahap yang sesuai supaya tanaman tumbuh dengan baik. Salah satu cara untuk memastikannya adalah dengan menggunakan EC meter. EC iaitu singkatan untuk 'electrical conductivity' ialah keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Lebih mudah sesuatu bahan mengalirkan arus elektrik, lebih tinggi nilai EC bahan tersebut dan di dalam penanaman unit yang biasa digunakan untuk mengukur EC ialah milisiemens per sentimeter (mS/cm). Gambar di...

Read more...
Kalkulator Baja AB

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Campuran baja yang betul di dalam sistem fertigasi dan hidroponik adalah amat penting untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman yang optimum dan penggunaan baja yang efisien. Komponen-komponen baja yang diperlukan dapat ditentukan daripada kepekatan setiap elemen yang diperlukan dan biasanya unit PPM atau Parts per Million digunakan. PPM adalah hubungan kepekatan atau kandungan sesuatu bahan di dalam sesuatu sebatian atau larutan, contohnya larutan yang mempunyai 200ppm nutrien kalium bermaksud berat nutrien kalium di dalam larutan tersebut adalah 200 per satu juta daripada...

Read more...

Cara Membuat Larutan Rujukan EC

Artikel ini dalam proses pembaharuan untuk menambahkan lagi maklumat-maklumat yang relevan dan saiz botol yang digunakan untuk membuat larutan rujukan EC telah bertukar dari 1.5L ke 500mL. Jika anda pernah mendapatkan dokumen DIY Larutan Rujukan EC kami telah memperbaharui dokumen tersebut yang anda boleh dapatkan di bawah. Sila ke artikel di bawah untuk mendapatkan panduan am serta beberapa perkara yang anda perlu tahu dalam membuat larutan rujukan EC. https://www.kebuna.com/blog/perbandingan-antara-ec-meter-hanna-dist-4-dan-aquapro-ap-2 EC meter ialah peralatan penting dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik dan ianya...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE