- Description
Description
Anak Pokok Cili Padi
Berbuah selepas: 1-2 bulan
Cili padi atau dikenali dengan pelbagai nama seperti cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng adalah sejenis tumbuhan dari keluarga (Solanaceae). Cili padi atau nama saintifiknya (Capsicum frutescens) sangat terkenal di Asia tenggara terutama di Negara ini juga Thailand dan Indonesia.
Di Malaysia, cili padi ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian, kini terdapat juga ditanam secara komersial. Rasanya yang sangat pedas namun digemari ramai terutama masyarakat tempatan khususnya di Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan lemak cili padinya. Selain dari itu juga cili padi dibuat ulam yang dihiris kecil dan dimakan bersama cencaluk, budu atau dibuat sambal belacan dan dimakan bersama nasi.
Pokok cili padi merupakan tumbuhan renek saka sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian 05 – 2.0 m. Batangnya separa berkayu, liat dengan cabang yang banyak serta berdaun tunggal, sederhana besar tersusun bersilang. Buahnya tumbuh menegak ke atas (setengah menyebutnya lada tunggeng), panjang menirus, berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila matang. Bijinya kecil, berbentuk leper berwarna kuning memenuhi rongga buah. Cili padi mudah dibiakkan menggunakan biji benih dari buahnya yang telah matang.