Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Cara Order

Cara Order


Anda boleh membeli barangan yang kami jual di kedai kami atau order secara online dan kami hantarkan terus ke lokasi anda. Langkah-langkah untuk membuat order secara online ditunjukkan di bawah. Untuk pembelian secara borong sila hubungi kami terus di 011-34140140.

1. Berikan Alamat Penuh

Cas penghantaran adalah bergantung pada lokasi anda dan kami memerlukan alamat penuh untuk mengira cas tersebut. Cara ianya dikira diterangkan di halaman Servis Penghantaran.

Sila berikan alamat penuh melalui WhatsApp menggunakan link di bawah
Sila Klik Untuk Berikan Alamat

Jika anda bersetuju dengan cas yang diberikan, anda boleh meneruskan dengan langkah-langkah di bawah.

2. Cari Produk

Anda boleh melihat senarai produk yang kami jual melalui link di bawah
Sila Klik Untuk Lihat Senarai Produk

Cari produk mengikut kategori yang tertera atau gunakan ruang Cari Produk yang diberikan.

3. Tambah Ke Troli

Di halaman produk, pilih variasi jika ada serta kuantiti yang diperlukan kemudian klik ‘Tambah Ke Troli’

Ulang langkah 2 dan 3 untuk mendapatkan produk yang lain. Gunakan widget di sebelah kiri untuk ke kategori yang lain.

4. Pergi Ke Troli

Setelah siap memilih produk yang anda hendak beli, pergi ke halaman troli untuk menghantar order anda dengan mengklik butang troli di atas kanan skrin.

Sila pastikan senarai order adalah betul kemudian klik ‘WhatsApp Order’.

5. Gambar

Untuk anak pokok, kami akan memberikan gambar pokok-pokok di dalam order anda sebelum membuat pembayaran.

6. Pembayaran

Kami akan memproses order anda dan memberikan maklumat bank akaun kami untuk membuat pembayaran.

Setelah menerima bayaran, kami akan maklumkan waktu penghantaran.

7. Penghantaran

Setelah anda menerima order anda, sila pastikan semuanya mencukupi. Jika terdapat sebarang kekurangan sila hubungi kami kembali.

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE