Kedai buka pada Hari Rabu, Sabtu, & Ahad sahaja - Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai - Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay
NOTIS PENTING:
Kebuna Berhenti Beroperasi Buat Sementara Waktu

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Asam Gelugur

RM25.00

Kategori:
View cart

Penerangan

Anak Pokok Asam Gelugur

Berbuah selepas: 6-7 tahun

Nama lain: Benih asam keping, asam gelugor

Asam gelugur atau lebih popular disebut asam keping memang tidak asing lagi bagi suri rumah, kerana ianya adalah bahan penting dalam masakan, terutama bagi penduduk di utara semenanjung yang terkenal dengan masakan laksa. Ini kerana tanpa asam keping maka tidak lengkaplah masakan laksa tersebut.

Asam Gelugur (Garcinia atroviridis) yang juga disebut asam gelugo merupakan tanaman asal dan liar di hutan Semenanjung Malaysia. Asam gelugor kini tidak sahaja dipandang sebagai bahan penting dalam masakan, malah dilihat mempunyai nilai ekonomik termasuk dalam industri perubatan. Kini ia telah mula ditanam secara meluas terutama di utara tanahair.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian melebihi 20 meter, buahnya berwarna hijau muda dan bertukar kekuningan apabila matang dan masam rasa dan baunya. Kebiasaannya buah dihiris dan dijemur untuk dijadikan asam keping bagi tujuan menjadikan bahan dalam masakan.

Buahnya mengandungi citric acid, tartaric acid, malic acid, ascorbic acid dan hydroxycitric acid serta flavonoids. Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol.