- Penerangan
Penerangan
Anak Pokok Daun Sup
Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae. Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi.
Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus.
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.