Kedai buka pada Hari Rabu, Sabtu, & Ahad sahaja - Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai
Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Melur

RM7.00

Kategori:
View cart

Penerangan

Anak Pokok Melur

Nama lain: benih melur, melati, jasmine, Jasminum sambac

Maklumat Am

Melur (Bahasa Inggeris: Jasmine, bahasa Indonesia: Melati) merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.

Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi, J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya.

Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah jenis Jasminum sambac.