Kebuna Tidak Beroperasi Untuk 2 Minggu (20/11/24 - 03/12/24)
- Penerangan
Penerangan
Anak Pokok Moringa
Pokok Kelor – nama saintifiknya [Moringa Oleifera] juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa, pokok kayu dram (kerana bentuk lenggi biji benihnya yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil (kerana minyak yang dihasilkan dari benihnya).
Pokok kelor berasal dari bahagian selatan kaki bukit Himalaya, barat laut India.
Pokok kelor biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika. Ia merupakan spesies yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa. Ia mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Pokok kelor cepat tumbuh dan tahan kemarau.
Pokok kelor mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.