Kedai buka pada Hari Rabu, Sabtu, & Ahad sahaja - Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai - Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay
NOTIS PENTING:
Kebuna Berhenti Beroperasi Buat Sementara Waktu

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Rosel

RM7.00

Kategori:
View cart

Penerangan

Anak Pokok Rosel

Berhasil selepas: 2 bulan

Asam belanda, asam susur atau rosel (bahasa Inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Asam belanda mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan asam belanda dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan asam belanda berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan asam belanda ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda.

Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.