Penerangan

Biji Benih Tomato Ceri

Tomato ceri hibrid ini boleh ditanam di kawasan tropika serta sub-tropika. Ianya dapat menghasilkan buah secara melonggok dengan hasilnya yang sangat tinggi dan buahnya yang amat seragam. Setiap satu buah mempunyai berat lebih kurang 25g dengan warna merah yang menarik. Tanaman berbuah selepas 60 hari. Buahnya berkhasiat tinggi dengan lycopene, fruktosa, glukosa, mineral, dan vitamin. Buah boleh dimakan secara mentah atau dimasak.

Boleh dituai selepas: 60 hari
Jumlah berat/bilangan biji benih: 30 biji