Kebuna Berhenti Beroperasi Buat Sementara Waktu
Kompendium Sayuran Tradisional
RM35.00
Penerbit: MARDI- Penerangan
Penerangan
Kompendium Sayuran Tradisional
Penerbit: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Maklumat Dari Penerbit
Sayuran tradisional seperti keladi, terung, paku pakis, cendawan dan ulam-ulaman merupakan sumber makanan dan nutrisi penting yang dapat meningkatkan kualiti diet kepada komuniti. la turut menyumbang kepada pendapatan isi rumah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan komuniti. Walau bagaimanapun, sayuran tradisional dipinggirkan daripada penyelidikan dan pembangunan kerana kurang pendedahan dan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan sayuran tradisional disamping kesukaran mendapatkan bahan tanaman dan biji benih. Kekurangan pengetahuan terhadap nilai dan potensi pengkomersialan juga menyebabkan sayuran tradisional kurang mendapat perhatian di kalangan petani dan pengguna.
Justeru, penerbitan buku Kompendium Sayuran Tradisional adalah untuk memberi input serta maklumat kepada masyarakat tentang kepentingan, khasiat dan kegunaan, kaedah penanaman, hasil dan penuaian serta pengurusan perosak dan penyakit sayuran tradisional. Sebanyak 50 sayuran tradisional terpilih dimuatkan dalam buku ini. Penulisan yang ringkas, mudah difahami namun masih padat dengan maklumat penting sesuai untuk bacaan umum bagi semua peringkat umur. Pembaca akan dihidangkan dengan pelbagai gambar menarik agar sayuran tradisional ini dikenali oleh para pembaca khususnya generasi muda. Malah, beberapa resipi daripada sayuran tradisional juga dimuatkan untuk dicuba oleh para pembaca. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu memperkenalkan kepada para pembaca terutama generasi muda tentang sayuran tradisional serta menjadi bahan rujukan kepada pelajar dan penyelidik.