Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup
Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup Cahaya adalah salah satu keperluan utama tanaman dan ia diperlukan dalam penghasilan makanan untuk tanaman melalui proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan tanaman tidak membesar dengan baik. Walaupun cahaya tidak diperlukan untuk biji benih bercambah tetapi sebaik sahaja ianya bercambah, ianya perlulah mendapatkan cahaya yang cukup. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan semaian tumbuh panjang dan kurus seperti lidi. Bagi memastikan semaian mendapat cahaya yang cukup apabila ia bercambah, letakkan di tempat yang cerah tetapi bukan di tempat...