Bila Perlu Menggunakan Sumbu
Sumbu perlu digunakan jika akar tidak boleh mencapai larutan nutrien Dalam penanaman hidroponik, tanaman diletakkan di atas larutan nutrien yang membekalkan air dan nutrien untuk tanaman tersebut. Maka media yang digunakan perlulah terendam sedikit di dalam larutan nutrien. Ia idak perlu terendam sepenuhnya kerana larutan nutrien akan meresap ke kawasan media yang lain. Larutan ini akan berkurangan kerana digunakan oleh tanaman tetapi pada waktu yang sama, akar tanaman juga membesar dan memanjang ke bawah. Tanaman mendapat secara terus air dan nutrien walaupun...